Pages

Thursday, August 11, 2011

Tension....

pelik bin ajaib.....
konfiusss why, why n why.....
kenapakah FB aku x bole bukak nie....
adehhhh....
tulunnnnn adekah semua org mngalami bnde yg same dgn aku nii....
x bleh berfb kite berblog plak...
aku x pandai lah edit blog ni...
ni je lah yg habis baikk...
siap buat header ag gune pic sndri...
kire plg canggih la kan bg aku yg kureng ni...
heheheh

Wednesday, August 10, 2011

Aku Cinta Aku Rindu...



Aku Cinta Aku Rindu
N:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi
A:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa
N:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa…
A:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo…

(Korus)
N:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu
A:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo…
N:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada disisi
A:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa oo…
N:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama oo…
A:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo…


Video Pelajar Malaysia Mangsa Rusuhan di London

Lagu Yg popular ketika menjelang RAMADHAN...

Thursday, May 19, 2011

Tidur Lambat????





Artikel ini adalah ehsan dari seorang telam yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

zhai jien...

(copy paste from FB)





Thursday, May 12, 2011

arini MC!!!!

Hari ni saya MC x dapat g keje...sebab????
mata merah dan bengkak... punca????
pakai lens lama2 n x bersih...solutionnye???
g clinic amek ubat n rest dr pakai lens wat sementara waktu...
so pakai spec je la skg...

DULU



SEKARANG


terpaksa memakai spec ni wat sementara waktu ok!!!!
kurang cun ar lepas ni..hekhekhek



zhaijien...

Wednesday, May 11, 2011

Mothers Day

assalamualaikum,
salam sejahtera,
salam 1 Malaysia,
selamat pagi semua..........

ok arini aku nk update hari ibu ahad lepas...hari ibu jatuh pada setiap hari ahad pada minggu pertama dalam bulan mei setiap tahun...igt tau semua tarikh penting nie untuk kite semua sebagai anak dan bakal jd ibu kepada gadis2 yg masih belum mmpunyai cahaya mata...

selalu korang celebrate macam mane eh hari ibu?? huhuhu
sambutan hari ibu bg aku slalu wish n bg kis kt pp mak..suweett kan aku..hahaha
kalo mase sekolah aku slalu wat kad sendiri maklum la xde duit nk beli adiah kan...
aku xdelah kreatif mane pun tp bole la sedap mata memandang..
bile dh stat blaja kt matrik barulah aku beli hadiah tuk mak sbb dh ade duit sikit dr pinjaman..hihihi
mothers day yg baru ni aku share duit dgn adik2 beli perfium gucci tuk mak..
yg paling besnye mak nages terharu bile dpt adiah tu dari aku..
aku pun tbe2 touching tgk mak mengalirkan air mata kerana kami...
aku anak sulung dlm famili n aku sorg girl..mak aku bnyk cite n kongsi masalh die dgn aku..
kt akulah tmpt die mencurahkan segalnya...nak harapkan adik2..diorg laki mcm xde perasaan jek..menyampah tul bile ckp dgn diorg xde respon bek ckp dgn dinding lg bgus.....
diorg bukan faham perasaan perempuan.....hisshhh malang tul sape jd awek adik2 aku tu...
hahahhahah
nilah rupe perfium yg aku beli..bau die bes sgt...nnt nk pnjm spray sikit ar..hehehe



pesanan terakhir,
syurga di telapak kaki ibu,
kasih ibu tidak dapat dinilai dgn harta,
sayangilah ibu anda selagi beliau masih bernyawa,
saya sgt sayang ibu saya,
beliau banyak berkorban untuk kami adik beradik...
i love u mum!!!




zhai jien,,
muaxxx!!!

Tuesday, May 10, 2011

mendayung-dayung ke hulu berenang-renang ke tepian...

kemain lagi tajuk beria....kenapa mendayung-dayung???
sebenarnya tadi aku mendayung sampan yang dinaiki oleh 3 penumpang..
tujuannye ialah untuk mmbuat kerja amal cuci tasik yang tercemar...
haha dahsyat bukan kami 4 org mampu cuci tasik yg seluas 1 padang bola...
jeng jeng jeng...percayakah anda???

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
beginila rupenye sampan atau perahu eh?? ape beza sampan n perahu?? aku pun komfius daa..tp xde enjin ar penat nak mendayungye...



ohh semestinya tidak sama sekali dusta semata-mata...
amek sampel air n test amek bacaan die je..sng je tp nak mndayung tu yg sakit..
adeehh lenguh2 dh tgn ni..tolong2 sape nk tulun saya urut...
psst : esok agak2 leh mntak MC x..kikikikiki

k lah nk crik mnyk urut x tahan der...


zhai jien....

maluuunyyer...

hehe knp malu???
name link blog aku sangat unik..unik ke??? haha
tp kalo aku dgr mmg gelak pecah perut gak la..
actually aku nk tulis widuri pingitan ntah mcm mne typing error jadilah widuri pinggitan...widuri pingitan lah sgt kan x sesuai taww...
adoooiii maluu nk pomot kt mmbe follow blog dh kene bahan...haha



tutup muke jap..hehe
ok la tu unik sikit kan lain dr yg lain..sbnrnye aku wat blog saje2 gedik2 x tau pun nk story ape sbb tu 1 taun ade 4 cerita je..mcm mne nk ade acc nuffnang???haha
mmg xde org nk follow la kan xde cite bes..lagipun aku bkn hot pun org nk follow kan..
ok dh ade follower bru..kwn bru praktikal same2 kt nahrim..hehe
lps ni semakin rajin update blgo sbb nk wat acc nuffnang..hehe

ok zhai jien....

Friday, May 6, 2011

cinta sebenar!!

salam...
tajuk gempak bukan cinta sebenar...
semua org mgharapkan cinta sebenar begitu juga aku...
semoga kita semua layak memiliki cinta sebenar..
no bodies perfect...



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Thursday, May 5, 2011

New environment....

today is my second week in nahrim..what am i doing here..jeng jeng jeng....hehe
im do my industrial training at nahrim.. why im choose nahrim??
  1. nearby my house
  2. the company do research on water. since it related with environment engineering subject that i have take in my previous semester so it make me easy to learn.
  3. i love environment and water analysis..and i get good grade on that subject..haha (berlagak plak)
  4. thats all at dis moment..i will update later if i have new reason..hehe
i have to punch card at 8 and punch out at 5..
im ride my cute motocycle BLF 1651 (green) to work..
the duration is 30 mins from my house to the office at sri kembangan...
everyday i wake up at 6.15am or not later than 6.30am..
i will continue doing this routine until 17 july...10 weeks to go yeahhh!!!

zhai jien peng you!!!

Thursday, March 10, 2011

mood bunga-bunga cinta sedang mekar berkembang...

hahaha title nak gempak je kannn...
skg mood cintan cintun dlm hati wa...
happy sgt...semoga bahagia hingga akhir hayat hendaknya...
amiinnn.....
tanak cite bnyk nk bg quote je lahhh..layannzzz



Thursday, February 3, 2011

C.I.N.T.A

C I N T A apakah itu cinta??? in english it is call L O V E in mandarin call A I...
cinta adalah perkataan yg subjektif..ia x semestinya ditujukan kepada pasangan kekasih sahaja..
cinta kpd ALLAH yg plg pntg sblm kite mencintai insan lain..
nk cite pasal cinta nie aku pun x pakar sgt kan..jadi arini nk share sikit tips untuk mncari cinta sejati ..jomm kite bace same2 :

14 tips mencari cinta sejati :

1. Jangan jadi playboy/playgirl dan hindari dari menjadi playboy/playgirl
(ps: bila jd macam ni, pastu suatu hari jatuh cinta n jgn terkejut bila cinta anda ditolak)
2. Jika tidak suka atau rasa biasa saja,
jangan couple terus dengan orang itu, kenali dulu baik-baik
(suka hanya kerana fizikal tp bukan hati jgn diikut k)
3. Katakan cinta jika kita yakin dia adalah pasangan hidup kita
(bagi y Islam 2 elok sembahyang istiqarah bila nak tahu pasangan
hidup ni)
4. Cinta dan nafsu berahi adalah dua hal yang berbeza (no free sex)
5. Carilah orang yang baik, setia, jujur dan cinta kepada kita
(susah nak dapat org macam ni, tp bykkan doa)
6. Jangan bercinta/menikah sebelum dewasa
(21 tahun ke atas, usia bwah 21 ni masih dlm enjoy!!)
7. Kejarlah cinta sampai ke negeri Cina, berjuanglah demi cinta
(kalau dh cinta, jgn abaikan.. ni tak.. dh dpt uat main2.. x dpt kejar beriar mata berdarah)
8. Berlaku adil ketika cinta dengan orang-orang di sekitar kita
(selalula "give and take" contohnya hari ni dy blanja makan, esok kte pula)
9. Cinta tidak harus memiliki hidup kita. Kita yang memilikinya. Lupakan dan cuba lagi bila gagal
(cinta x semestinya memiliki, kadang2 melihat org y kita cinta bahagia lbh magisnya)
10. Bina cinta yang ada hingga nafas terakhir selamanya
(kalau dh cinta 2, usaha la merapatkan cinta,
bukan merenggangkan lg ok)
11. Jangan cuba sakiti orang yang kita cintai dengan
alasan apa sekalipun
(kalau benda remeh or y lepas elok lah dilupakan, future is coming)
12. Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan wang tapi pengorbanan
(sgt2 setuju!! pengorbanan cinta ni beli ngn wang pun xkan dpt)
13. Tuhan telah memberikan anda jodoh,
temukanlah cinta anda sepatutnya
(setiap org ad jodoh masing2, doa n usaha pun penting,
xkan bulan jatuh ke riba :) )
14. Cinta harus direstui agama, hukum, keluarga & masyarakat
(eloklah kawin y sama agama utk elakkan mcm2 konflik masa depan nanti melainkan anda betul2 menghargai 1 sama lain)


pst : arini 3 february 2011 chinese new year...huuhu
zhai jien peng you...

Monday, January 31, 2011

takziah sahabatku....

salam...
31 january tepat pkul 0033 dpt sms dr teman aku yg mak die dh pergi menghadap ilahi...
aku sbgai sahabat dan teman yg slalu dgr cerita dan keluhan drpd die turut sama merasa sedih
dan sebakk..die slalu cite kt aku pasal mak die...sblm ni mak die msuk spital aku x sempat nk jengguk..rase ralat jugakk..tp aminah nur huda seorg yg tabah..die bole sembunyikan segala kedukaan di hati dgn gelagat gila2 die padahal die tgh sedihh..
harap kamu masih hepy seperti dulu..anggaplah Allah lebeh menyayangi beliau...
beliau telah lama menderita menghidap penyakit tersebut...
semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..
sy sntiasa di blkg kamu....truskan maju kehadapan...
sentiasa tabah jgn sedih2..sy tahu amat susah untuk seseorg harungi saat2 getir begini
org yg melahirkan, menyusukan dan membesarkan kite pergi buat selama-lamanya...
harap kamu kuat untuk harungi hidup ini tanpanya di sisi...sekiann... =(

Sunday, January 23, 2011

Saturday, January 22, 2011

ceria mcm kanak2 rebina..

hahaha tajuk arini melambangkan backgrounds blog aku yg ceria ini..cantik kannn.haha
banyak kaler2..ni menunjukan jiwa ku sntiasa muda walau umo semakin meningkat..uhukuhuk..
taun dh 23 hurmm bile nk berkeluarga??? ohhh mama saya mau kawin...kawin dgn siapa dgn siapa saja...haissshhh tu lagu je tau x kan nk main kawin je dgn sape2 hishhh cannottt!!!!!!!!
kawin xpe nikah je sorg...oooppsss terlebih sudaa...haha tp itulah trademark yg org muda pakai skrg kan..hurmmm mcm2 skg ni sampai aku pun naik takuttt...x tau diri ini mampu ke tak untuk mengharungi idup penuh pancaroba ini..takut diri mudah hanyut dan tenggelam...mudah2han dapat mengukuhkan iman di dada yg semakin rapuh ini...
semoga dapat selesaikan perjuangan yg msih bersisa ini dgn jayanya...aminnn

zhaijien, peng you!!!



Wednesday, January 12, 2011

sehat sehat sehat


dengan ini saya ingin mengumumkan hani agak kurang sehat...tp hidup msti diteruskan clas wajib ponteng..haha actualy xdelah truk mane pun cume gediz je lebeh..alhamdulilah msih lagi mampu bgn berjalan ke kelas gelak ketawa dan yang penting masih mampu makan bnde yg cedap2..yuyyuyuyue

igt td nk g klinik tp malas la time lunch hour sure beratur panjang berjela pnye mcm nk bli tiket wayang kene tgu..xpe wa mkn panadol je n ubat kwn wa bg.
.tawakal semoga cpt sehat...
skrg mmg musim org x sehat agaknye coz cuaca yg x bape nk menentu...kejap ujan kejap panas kejap mendung...td pun dlm clas lebeh dr 3 org duk soksehsokseh sbb
flu..sabar ye kwn2 wa pun rase ape yg u all rase..mkn ubat k!!!


besnye kan klo demam dilayan mcm ni...nk slalu2 demam ar ade org lap kan bdn, suapkan mkn wawawa mcm tuan puteri gitu... tp ni demam duk hstel sapela nk lyn mcm ni kan..kene la layan diri sndri..ok mau tdo org demam kene bnyk rehat minum air suam bnyk2...itu saje nasihat mepepek meraban arini..

daa, zhai jien peng you!!!

Monday, January 10, 2011

tolong ingatkan aku???????


hahahhaha...pasti semua tertanya2 n x puas ati knp lagu tu mng kan...
hurmm aku pun same konfius mius dibuatnye...apesal lagu tu leh mng
juara lagu yang ke-25... tang mana atau part mana yg kiler lgu tu leh mng kan...
tp ok lah nice gak suara die n ssh gak nk tarik lagu..
xpe nex time klo karok ade lagu aku try bru aku tau mcm mne ana rafali tu nyanyi..hehehe

Result AJL 25 :
Juara : Anna Rafali - Tolong Ingatkan Aku
Naib juara : Black/MUH - Drama King
Ketiga : Hafiz - Noktah Cinta
Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta(unexpected woooo) congratss
Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut

begiulah keputusanye...Anda berpuas hati???
x puas hati pun terpakselah berpuas hati ye rakan2 sbb kite bukan juri...
juri2 pun terbaik so mereka telah menjalankan tugas mereka dgn baik..
syabazzz...
tahniah gak kt crew2 yg bertungkus lumus sepanjang persembahan berlangsung..
aku yg tk ni pun dapat rasekan ssh tul keje diorg..setiap 1 prsembahan kene tukar
balik set pentas tu..wwwooooo penat bebb...

ok wa mau sambung studyy..Tolong ingatkan aku sok ade 2 quizz...nyanyi ala2 anna rafali..ahakzzz
zhai jien peng you...